Saturday, March 13, 2010

servis yang baik VS makanan yang sedap = kedai itu tak punya apa-apa


Anda selalu menilai sesebuah kedai makan itu melalui apa? bagi aku, aku menilai sesebuah makan itu melalui...ya pertama haruslah makanannya....dan kedua servisnya..yela kalau makanan sedap tapi layanan macam SAMPAH.. x gune gak..kerana rasa sedap itu hrusnya dinikmati dengan hati yang gumbira..betul?baru lah prinsip pertama dlm teori pemboroian perut boleh diterima pakai..hurmm..tapi semalam prinsip pertama dalam teori pemboroian perut tidak boleh diterima pakai..tidak sama sekali....ceritanya begini....

Al-kisah semalam atau lebih tepatnya 13/03/10 aku bersama-sama 9 orang teman yang boleh aku anggap saudara aku di hutan ini..keluar untuk memenuhi jemputan perkahwinan seorang lagi saudara aku...ya..kata orang kalo da diundang itu seharusnya kita perlu memenuhi undangan itu..(yg sbnarnya aku nk makan free je)..lagipun mmg sesuai dengan kesukaan aku..ya utk pengetahuan aku mmg suka untuk pergi ke majlis perkahwinan org..tapi sendiri....lambat lgai...(teruskn) menyewa kereta itu satu kemestian kerana tiadanya LRT mahupun Komuter disini membuatkan kami menyewa kereta...ku idamkan myvi rupenya kelisa bersama kancil...jadi sang kancil bersama kelisa pun memecah angin menuju kuala nerang...setibanya dikuala nerang...aku memerhati bagaimana majlis perkahwinan ditempat ini berlangsung..agak berbeda dgn konsep di tempat aku...sekali lagi aku meniti (journey of life)....tidak lama disitu aku diajak oleh teman sebilik aku untuk lari kejap pergi umah dia (utk pengetahuan rumah rumet aku tu x jauh dr tempat majlis) tanpa berfikir panjang aku ikut...seperti biasa rumah dengan suasana kampung begitu membuat aku tenang.....(aku melihat teman sebilik aku mengait mangga@pelam...)

Malamnya dalam perjalanan pulang ke kampus kesayangan...perut pulak beremosi...jadi kami memutuskan untuk singgah makan..cadangan teman aku di kedai lembab(peringatan walaupun lembab kedai itu menyediakan nasi goreng kampung yang enak..asik bak kate lana) mulanya dibantah oleh seorang lagi teman..tapi bantahan beliau di pinggirkan...menuju ke kedai makcik lembab.......................(tutup la pulak)

teman yang membantah pasti tersenyum sinis kerana akhirnya kami akur untuk mengikut kehendak beliau..makan di sebuah kedai....AM's cafe...bermula kisah sebuah nasib malang 10 insan lapar.....

dari luar kedainya kelihatan cukup-cukup high class...(dari sudut dekorasi kire 5star la kalo kat lingkungan area changloon ni..tapi kalau di kl..masih jauh ketinggalan jauh dibelakang pelita nasi kandar)kami menunggu 5 minit utk dilayan....aku sudah tidak suka..kemudian order kami diambil...nasi gorang ayam ditambah telur mata yang cair ditengah menjadi pilihan hati dan perut..utk air pula....ais kosong jele...(ekonomi peribadi merudum paling teruk dalam sejarah)mulanya ais kosong itu enak dan pengikis mengantuk..tetapi apabila nasi goreng ku sampai..ais kosong itu sudah hilang keenakkannya...rasa marah mula terbit...presentation makanan ZERO...telur mata yang ku pinta tidak disertakan sekali.....ada antara teman aku diberi menu yang amat berbeda dari kehendak hati mereka....kemarahan mereka menyala...ditambah pula apabila mereka ingin untuk tambah menu utk membungkus....si pelayan itu dengan tanpa bersalah menyuruh teman aku itu tulis ordernya sendiri (tidak pernah aku lihat sebuah kedai yang dekorasinya indah seperti tempat orang kaya menyuruh pelanggan tulis sendiri order)apakah mungkin ini trend terbaru...?aku tak pasti...yang pasti telur mata cair ditengah aku tidak lagi sampai...nasi sudah separuh...ku ulang meminta telur ku sudah 3 kali rasanya...akhirnya....perutku meradang hatiku sakit...cair yg ku pinta keras yg dipersembahkan....serius ia menggangu kombinasi yg aku bayangkan.......aku makin meradang...nasinya tidak sedap..irfan masak lagi sedap..(irfan=adik bongsuku).....kerana ia berbayar ku habiskan juga....walau perut merana..hahaha...(hiperbola ckit)....selesai mkn waktu pembayaran...aku bersama teman kekaunter......tiada orang menjaga kaunter....dipanggil 2-3 kali masih bisu....teman ku meradang amat...dgn nada agak tinggi beliau memanggil pekerja yg didapur.....akhirnya pekerja itu datang dgn muka yang toya ibarat cuka dititis limau...tanpa ungkapan maaf...atau apa..die terus mengira....taman-teman ku bengang tahap tertinggi............bagi aku tidak akan ku jejak kedai itu lagi.!

kesimpulannya: servis x elok + makanan yang tidak sedap = Ams cafe..

No comments:

Post a Comment